Saya
Sayang Awak!
“Esok kita gi karaoke? Rasa cam dah lama tak
pegi.” Shin ajak Kix.
“Oke gak. Dah lama
tak check out new songs. Dah lama tak test suara lagipun esok free.”
Shin dengan Kix
ni kawan dan housemate sejak last year. Camne boleh baik pun tak tahu la sebab
berdasarkan rekod yang lepas-lepas, Shin ni menyampah tahap tak ingat dekat Kix
waktu first and second year dulu. Sekarang
dah sophomore year ni, jadi baik lah pulak.
Shin, seorang
perempuan yang tak penah percaya pada relationship. Sebab bagi dia, banyak lagi
benda dia boleh buat instead of kena layan anak teruna orang la hapa la. Buat
apa nak kusutkan kepala fikir pasal orang yang takde kena mengena dengan kita
langsung sedangkan kita boleh live our life happily kan?
Dia kata, dia belum
boleh jalinkan any relation sebab dia rasa dia tak boleh nak bagi komitmen yang
jitu terhadap that particular relation. Dia nak enjoy her life katanya.
Sangatlah terbalik dengan Kix yang memang kerja tukar pakwe
setiap tiga bulan! Macam-macam lah alasan dia, tak kena dengan jiwa la, tak
serasi la. Sebelum ni yang kau pergi accept that guy tu kenapa? So far, tak
pernah lagilah tengok si Kix ni cry her heart out because of a guy except
sorang tu. Dengar kata dia memang tahap setengah nyawa sayang kat that guy but
end up he left her.
One day, Kix dengan
Shin tengah layan karaoke macam nak pecah suara. Tetiba ada orang rempuh pintu
bilik karaoke dorang. Dua-dua memang jatuh rahang. Same goes to that guy who
crashed the door.
“Oi, apa kau ni?
Suka-suka hati je. Ni bilik kitorang lah!” Kix memang tengah mendidih. Ye la,
orang nak enjoy, tetiba plak ada stranger kan.
“Sorry girls, aku
nak tumpang hide kat sini kejap. Perempuan gila tu tengah cari aku. Ughh, what
a mess!”
“Pffffh, kau lari
dari perempuan ke yang sampai cenggini ni? HAHAHA HA, lawak gila!” Shin tengah
tergolek ketawa tak hengat.
“You can say
anything you like.” Sambil mata dok usha luar takut-takut perempuan tu cari dia
sampai sini. Pintu dibuka separuh. Tertinjau-tinjau. Clear. She’s gone.
“Jom!”
Jom? Jom apa? Shin
dan Kix buat muka tercengang, terpinga-pinga, dumb-founded.
“Laaaa, tak nak
nyanyi ke? Tadi kemain korang melalak Give Your Heart a Break.” Then pak cik ni
dengan selambanya turn on lagu Wipe Your Eyes- Maroon 5. Woih, dia ingat bapak
dia tauke karaoke ni ke sesuka hati je nak rampas session kitorang. Fuming!
Kix join dia nyanyi!
Kalau tak tengok sendiri memang alamat sampai mati la aku tak percaya. Kix said
before:
“Alang-alang jumpa
new karaoke partner ni, bedal je la. Lagipun tujuan kita datang, memang nak
nyanyi pun kan.”
Aku dengan
terpaksanya nyanyilah jugak.Cehh, padahal takde la terpaksa pun sebenarnya. Aku
okay je.
Lepas puas melalak,
mamat tu ajak kitorag gi makan. Dia cakap nak belanja sebab dia dah rembat
kitorang punya session tadi. Time tulah baru kitorang tahu nama dia Firdaus
Khalil. Dia kata member dia panggil Alil.
“Jangan lupa
WhatsApp aku taw.” Alil memesan. “Eh, phone number kau aku takde lagi la. Kix
punya dia dah bagi tadi. Nak.” Sambil sengih kera. “Nanti kalau nak ajak aku
karaoke lagi pun boleh, tengok wayang ke ape ke, semua boleh.”
Camtu la aku
start kenal dengan Alil. Sekarang aku dengan dia macam ‘baik’ la jugak. Selalu
contact, tapi Kix tak tahu. Kalau nak
cakap phone pun main bawah bantal kau tau?! Aku malu la dekat Kix. Ye la,
sebelum ni kemain aku cakap tak pecaya kat lelaki lah, tak sedia bagi komitmen
lah. Tapi seriously dengan Alil ni aku boleh masuk. Dia sekepala lah dengan
aku. Kaki tengok movie, kaki karaoke, suka pakai Chuck Taylor, suka lepak
bookstore.
Pernah sekali tu,
kitorang tengok 4 movie straight. Gila tak gila. One day, dia ajak aku tengok
wayang. Dia dapat 2 screening passes for Twilight- Breaking Dawn Part 2. Dekat
GSC Mid Valley. Malam tu pulak ada Marathon Twilight dari New Moon sampai
Breaking Dawn Part 2. Gila! Memang aku nak sangat join. Aku tak tau la, apakah
kerelevanan dia mengajak aku instead of others.
Event tu habis
lewat malam engkau! Start pun pukul 8. Aku terus balik rumah. Nasib aku naik kereta
aku, kalau Alil yang hantar kang kantoi ngan Kix pulak kannn.
“Wehh, semalam kau pergi mana eh? Lewat gak aaa balik.” Kix tengah
wonder.
“Aku pergi tengok Twilight
marathon kat Mid Valley. Apesal?”
“Dengan?”
“Alil.”
“Hah?! Alil??”
‘Alamak, camne boleh
kantoi ni? Tu la asyik teringat kat dia je, tu yang mulut keluar nama dia tu.
Bengong.’
“Kau dengan dia
something-something eh? I could smell something in the air, is it LOVE?” Kix
dah start kepoh ==’
“Eh, mana ade! Aku
ngan dia kawan je la.” Shin cover. “Dengan aku takyah nak deny la Shin. Okay
ape Alil tu. He’s nice and the most important thing is, he cares for you.”
“Err, talian
terputus, tut tut tut tut. Ngeeee.” Shin lari masuk bilik.
‘Eleh, ngan aku pun
nak malu ke? Piiirah!’
Alil ajak aku
keluar. Apa aku nak cakap kat Kix ni. Hesy.
“Weh, aku nak keluar
kejap lagi. Kau duduk rumah je ke hari ni?” Pelik. Selalunya setiap hari, ada
je aktiviti dia. Nak pergi photo shoot la, makan la. Untuk pengetahuan, Kix ni
bukan model tapi dia ni memang hantu gambar. So, dia selalu lah lepak ngan
photographer and blogger. Tu yang selalu ada photo shoot.
“Hari ni aku duduk
rumah je. Aku ada kelas la petang ni, kau lupa ke? Haa, ni kau keluar ngan
sapa?”
“Oh, mana la aku
tahu. Aku keluar dengan sapa lagi, Alil la. Kau ada nak pesan apa-apa tak?”
“Uuuu, keluar dengan
Alil. Hehe, aku takde nak pesan apa-apa pun. Tak nak la kacau korang kan. Eh,
korang ni dah declare ke?” #eh!
“Declare apanya,
kitorang kawan je la. Berapa kali nak bagitau ni?” Roll eyes.
“You won’t admit
it right? Haha, ikut suka la Shin oi.”
Alil datang
lewat. Oh I hate it! Dalam banyak-banyak benda, lambat ni la benda yang aku
paling menyampah. Selama ni tak penah pulak dia datang lambat cenggini. He’s
the most punctual-est man I’ve ever met. Something bad happen ke? Hmmm.
“Errr, hai Shin.
Sorry lambat. I ada hal sikit tadi.” Alil muka kesal.
“Ish, at least call
la. Risau jugak kot-kot something bad happen.”
“Oh so sweet.
Concern jugak awak kat saya eh. Tapi takpe, saya suka.” Alil kulum senyum.
Shin dah blushing
tahap petala. “Sengaja la tu, buat orang segan. Ughh, menyampah!”
“Hey Shin, listen.
You know what, the first time I met you, my heart skips heard. I don’t really
know what’s wrong. I still remember the smell of you that day, in the karaoke
room. Haha, out of the blue saya crashed pintu tu. Tak sangka I’ll meet an
angel like you.”
“Err, apa ni Alil?”
Biar betul ni Alil. Selama ni dia gila-gila, geylong, otak tak boleh nak ikut.
Ni dah kenapa masuk mood pencuri hati kelas satu ni? Alaaaah, aku dah segan ni.
“Shh, just listen
what I’m going to say. I love you Nurshiha Nadia. Saya sayang awak! Saya sayang
awak sangat-sangat tau. Awak sayang saya tak? But please be honest to me my
angel.”
“Mesti la saya
sayang awak Firdaus Khalil. There’s no other guy that can touch my heart and
climb the wall that I’ve built around my heart before. You’re the one. I don’t
know how you did that but it is really working on me Firdaus Khalil.” Shin dah
nak jatuh air mata.
“So, nak tak kahwin
dengan saya?”
“Yes, of course.”
Aduhh, aku malu ni. Mana nak sorok eh? Shin tunduk rapat ke lantai.
“Jom!” Alil dah
jalan dulu. Shin kat belakang terpinga-pinga. Nak ke mana ni?
“Jom? Where? Kahwin
ke?” Muka konfius. Takkan nak ajak aku kahwin terus kot?
“Laaaa, jumpa your
parents la sayang oi. Dah tak sabra nak kahwin dengan saya ke?” #erk
“Aku terima
nikahnya Nurshiha Nadia binti Mohammad Zaidi dengan mas kawin yang disebut
itu.”
Alhamdulillah,
dengan sekali lafaz, Shin sah menjadi isteri Alil. Kix menahan sebak. Housemate
dia dah kahwin, duduk sorang-sorang la lepas ni. Aku yang dok sakan bercinta,
tup-tup dia yang kahwin dulu dari aku.
“Oi, tahniah Shin,
Alil. Selamat pengantin baru eh. Duduk baik-baik tau dengan Alil, kang kau dok
buli dia pulak!” Kix nada perli.
“Kau baik sikit eh,
aku mana ada nak buli-buli Alil ni. Kot dia yang buli aku tak tau la. Hehe.”
Sesedap dia je kutuk suami sendiri.
“Hoi, kutuk suami
sendiri, tak baik tau! Kau tengok ni Alil, isteri kau ni suka-suka je mengata
kau. Kau dengar ni Shin, kau kena la jadi isteri solehah Shin, taat suami kau
tu.”
“Kau ni dah macam
mak aku je pesan. Ye la, aku ingat la apa kau cakap tu.”
“Thanks my angel,
for completing my life. I’m so happy. Tak tau nak cakap apa lagi dah. You look
so gorgeous, and thank Allah you’re mine.”