Pages

Friday, August 17, 2012

Kesedaran Sivik

Assalamualaikum!

  Dan salam sejahtera. #in case ada non-muslim baca blog aku, peqasannn. Haihai~ saya baru habis TRIAL PMR. Setakat yang aku taw aku ada 3 huruf B dan 1 huruf A. Haiyakk ==' tak balance maaa. 
  Semua orang tengah excited cipan sebab nak raya. Lately ni, aku memang serious tak dan nak rest. Tiga hari berlalu dengan buat kuih raya, tadi aku cuci tingkap dan bubuh besi cakok tirai- seriously taktaw nama sebenaq dia apa. Dan aku dah rasa macam malam ni malam raya. Sebab jiran-jiran dah mula battle main mercun. Orang yang dok lalu lalang kat jalan pun dah tak kenal. Semuanya balik time raya ja. 
  Cousin aku? Taktaw la berapa family yang nak balik beraya kat kampung sebelah ayah ni. Hopefully meriah macam tahun lepas. Ok, rasa macam dah melalut dari tajuk asal.


  Aku nak cerita pasai kesedaran sivik sebab minggu lepas aku ada memerhatikan sedikit sebanyak gelagat manusia #cheewahh, ala-ala gitu.  Pada pendapat aku, rakyat Malaysia masih kurang kesedaran sivik berbanding negara-negara maju lain. Contohnya la kan, orang Malaysia still merokok even terpampang kat situ No Smoking tapi ada jugak orang yang dok hisap kan? Pernah jadi depan hampa? Aku pernah. Even kat situ tak dak sign No Smoking, tapi semua orang dah sedia maklum yang kawasan sekolah dan kawasan hospital adalah antara kawasan larangan merokok. Kat sekolah aku, ada ja orang hisap. Bukan cikgu dan pelajar la tapinya. Dah tu, macam mana nak bendung pelajar daripada hisap rokok kat sekolah? Orang dalam kawasan sekolah pun tak tunjuk contoh yang baik. 


Tu tengok tu. Selamba dia ja.


  Lagi satu, orang Malaysia suka ludah merata-rata kan? Suka tauk chewing gum rata-rata #bawah meja, kat lantai etc. Meludah depan crowd is something irritating. Boleh hilang selera. Tambah-tambah kalau yang ada bunyi kahak sekali! Euww~

Tengok pun dah YUCCKKS kan?



Tengok ni, menyusahkan orang ja. Kat Singapore benda ni is prohibited!


  Cukup la aku baru list dua. Banyak lagi sebenarnya. Ini bukanlah nak memburukkan sesiapa, hanya untuk teguran dan renungan bersama. SELAMAT BERAMAL ! !