Pages

Friday, December 31, 2010

Jika Malaysia Mampu Berkata-kata ~

 Bagaimana kita melihat negara kita, Malaysia, adakah sebagai satu lokasi di peta bumi atau satu sistem kerajaan?
  Mungkin cara pandangan terhadap negara menyebabkan kurangnya sifat patriotik dalam kalangan masyarakat negara ini.
  Tidak perlu bercakap mengenai berjuang untuk negara di medan perang; bukan patriotik itu yang dimaksudkan. Tetapi lebih kepada kehidupan seharian. Di mana kita membuang sampah setiap hari? Ke luar tingkap kereta dan mengotorkan jalan raya?
  Adakah kita membersihkan kembali kawasan pantai atau hutan selepas berkelah dan melakukan perkhemahan atau longgokan sampah itu dibiarkan hingga mengundang lalat dan ulat?
  Bayangkan Malaysia sebagai sesuatu yang mempunyai perasaan. Apa perasaan Malaysia apabila melihat kita mengotorkannya? Apa perasaaannya bila melihat kita tidak bersatu padu, bergaduh sesama sendiri, baik dari segi politik atau sosial?
  Apa pula perasaannya apabila melihat anak kelahiran tanah air ini enggan pulang ke pangkuannya dan memilih untuk menetap di luar negara selepas berjaya, tanpa sedikitpun memikirkan mengenai Malaysia yang setia bersama pada masa kesusahan?
  Memang ia BERHAK BERASA TERSINGGUNG. Masakan tidak, hampir 1.5 juta anak-anaknya kini yang bergelar profesional lari ke luar negara dan lebih sanggup mencurahkan kemahiran di negara asing daripada berbakti kepada negara sendiri; dan semua itu hanya kerana wang ringgit?
  Jika pun kita tidak bersetuju dengan pemerintahan atau situasi ekonomi di negara ini, mengapa tidak sama-sama berjuang memperbaiki negara yang setia bersama kita?
  Bagaimana pula dengan jutaan pekerja asing yang sanggup meredah lautan bergelora hanya semata-mata mahu mencari rezeki di Malaysia? Begitu istimewanya Malaysia di hati mereksa. Mengapa kita tidak begitu? Pernahkah kita fikirkan perasaan Malaysia?
  Mungkin juga Malaysia berkata pada dirinya: "Aku sangat bertuah, bumiku aman. Lihatlah jiran-jiranku,banyak masalah dan kerap dilanda bencana. Semestinya aku istimewa.
  Tetapi mengapa rakyatku tidak menghargai keamanan ini dan masih berebu-rebut dan bergaduh untuk menarah badanku semata-mata demi keuntungan dan kepentingan diri? Bukankah lebih baik jika mereka bersatu dan menjagaku bersama-sama?".
  Pernahkah kita fikirkan, jika Malaysia mampu berfikir dan berkata-kata, tentunya ia tertanya-tanya mengapa warga asing lebih menghargai bumi bertuah ini berbanding rakyatnya sendiri?
  Ini kerana mengikut statistik, Malaysia menjadi pilihan utama pelancong dari Jepun sejak 2006 hingga saat ini dan kebanyakan mereka tinggal di sini bagi tempoh waktu yang lama.
  Menurut Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie, rakyat Jepun sukakan cuaca nyaman, makanan sedap, kos hidup yang rendah dan kestabilan politik serta sosial di Malaysia.
   Ke mana destinasi pilihan kita apabila bercuti? London? Paris? Sydney? Sudahkah kita melawat segenap bumi Malaysia sebelum memilih ke luar negara? Mengapa tidak menyumbang kepada industri pelancongan tempatan sebelum melancong ke negara lain?
   Mengapa kita tidak mampu menghargai negara sendiri seperti orang luar? Mungkin kerana kita tidak sedar apa yang dimiliki.
  Begitulah fitrah manusia, tidak tahu apa yang dimiliki sehingga terlepas daripada genggaman. Lupakah kita dengan pepatah "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"?

Dipetik daripada SinarHarian
Penulis : Farah Zamira Farush Khan 

Apa Nak Jadi..

Assalamualaikum...
  Serius aku gitaw kat ampa...aku memang malaz gila nak post new n3. Atceli bukan malas..tapi keadaan tidak mengizinkan. Yo larr, sejak aku kena pakai spek, tros ayah aku tak bagi can aku hadap laptop..! Gila sedih..
  Pastu, adek2 aku dok mencemar duli la kontrol laptop kat diorang. apa lagi kalau tak bukak FREE ONLINE GAME. Free la sangat unn..habes..yang dorang dok guna internet tu tak ke kena caj..!

*************************************************

Ok..skang aku nak story satu benda kat korang. Baru-baru ni telah berlangsungnya majlis perkahwinan pak su aku, so aku kena ikut pegi belarak..(aku tataw kalau ada istilah laen..tapi kat kedah depa panggil ni..)

  Lepas abes jerr makan kat luar, kami tros masuk dalam rumah pengantin pompuan. Macam-macam la dorang buat. Bergambar sana sini. Waktu aku nak pakai kasut kt depan pintu, aku ada nampak paper tarikh dia kalau aku tak silap 6 April 2010 kot. Terpampang kat situ....PELAJAR 11 TAHUN PERKOSA RAKAN SEKELAS!!!!
  Korang tak rasa terlalu awal kerr tok dya wat kesalahan seksual camtu?? Hell..! Aku tataw apa nak cakap.
Pastu dalam berita one or two month ago kot aku tengok berita kes curi motor pastu buang rangka dia dalam sungai kat Perak (kalau tak silap). Bebudak dari Kedah pon terlibat gak ngan geng tu. Yang paling muda kena tangkap umo 16 tahun, dan dorang ngaku yang dorang buat kerja camtu sejak akhir tahun 2008 lagi.
 That's mean..dia dah start curik motor since dia form 2 weyh!!
  Kepada remaja di luar sana tolong la...berubah demi meningkatkan lagi kualiti remaja yang ada kat Malaysia nie (aku nak ingatkan diri aku jugak). Bukan aku nak kata yang remaja yang ada sekarang ni tak bagus. And bukan semua remaja yang tak bagoz..Juz certain-certain yang dok wat semak bumi tu ja..!
 Seriously I told y'all, masalah remaja ni dah semakin meningkat. Daripada pergaulan bebas kepada kerja-kerja tak ber'pekdah' kepada pembuangan bayi kepada macam-macam lagi la.
  Sebelum bumi marahkan kita, baik LAKUKAN SESUATU.
Sunday, November 28, 2010

Betapa...

                                       Assalamualaikum
Uhh...betapa...aku letih..berkejaran...
betapa aku...penat bersendirian...
betapa aku...sunyi saat ini...

                  ......................................................................................
          ...............................
                                   .....................................


Hehe,dat was an intro.Aku agak sibuk a couple days/weeks ago.Sepupu aku kawen..mesti la kena pi.. mak aku boleh dikatakan "ketua hiasan" dalam majlis tu...(daaaa....) Mana taknya...bilik pengantin mak aku buat..bunga tangan mak aku buat...hantaran mak aku buat...nasib baik baju pengantin sepupu aku buat sendiri!!Mak aku tak tau menjahit....HaHAhAha...
 Haaa...aku plak tak payah dok tanya..mesti bukak nursery jaga budak...hahaHAhAHa...maklumlaa..pak sedara mak sedara pakat balik...so..ramai la budak2...(nooooo...I gotta go...I have to give the laptop to ma dad...(I'm so sorry)see ya next time)
Monday, November 15, 2010

Kesedihan Melanda....T_T

Betapa sedihnya hatiku saat ini..apabila ku terpaksa meniggalkan sekolah yang aku kini makin menyukainya. Ku akui..dulu...aku terpaksa sekolah kat situ...tapi sekarang ni..aku dah syok belajar kat sana... Ok, tak mau sedih dah...fikirkan tahun depan pulak. Semakin tua , semakin banyak benda nak kena ingat...
Kepada sesiapa yang nak baca karya aku...tunggu post akan datang..
              Jangan lupa untuk mengikuti post seterusnya
          
                                                                                                         peach gurl